'YA ALLAH! KUCING INI GIGIT DOMPET & BAGI PADA AKU !!!

No Comments

Aku ada seekor kucing paling aku sayang. Nama dia Kupa dan ini anak-anak dia. Ada 9 ekor semuanya. Kupa mati sebab melahirkan anak-anak dia. Sedih, sebab Kupa inilah titik tolak aku sangat sayangkan kucing.

Dulu aku bukan suka pun dengan kucing. Dengan mereka yang suka berak merata, seat motosikal kena cakar, buat aku sakit hati. 

Tetapi bermula apabila dua tahun yang lalu ketika aku makan di sebuah kedai di Melaka. Kupa mengemis tulang dari meja ke meja sampailah ke meja makan aku. Aku beri dia hujung kepak ayam. Selepas makan, aku beredar, pergi teruskan kerja. Namun selepas isyak, baru aku perasan yang dompet aku hilang. Punyalah aku mengelabah sebab baru gaji dan separuh gaji aku ada dalam dompet itu.

Aku pergi ke kedai makan tadi dalam keadaan hujan renyai. Kedai makan itu dah tutup, musnah harapan aku nak jumpa. Tetapi kuasa Allah, aku ternampak seekor kucing basah dalam hujan. Apa yang paling aku terkejut ialah;

"Ya Allah! Kucing ini gigit dompet aku dan bagi pada aku!"

Sumpah aku memang tak tahu nak cakap macam mana. Hanya seketul tulang sisa makanan aku, dia balas jasa aku dalam kebasahan dek hujan. Disebabkan itulah aku ambil dan bela dia sampai dia melahirkan anak-anaknya.

Mungkin cerita aku ini tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi pada aku. Gambar Kupa? Maaf, aku tak boleh muat naik gambar dia sebab aku akan jadi sedih nanti. 

Kucing pun boleh bersikap jujur, kenapa tidak aku? Aku akan jaga anak-anak dia sebagai membalas jasa dia pada aku. Lihatlah kuasa Allah sekali lagi, 9 ekor anaknya memang sangat luar biasa. 

Bersemadilah kau di sana Kupa.. - Abdillah Mignolet