Logiknya, ramai penonton televisyen sudah naik menyampah dengan drama yang dipertontonkan di siaran tak berbayar. Sikit-sikit, cerita Dato, Datin, anak orang kaya kahwin lari dan sebagainya. Iyalah, seperti yang diutarakan oleh dua invididu ini, Diyana Rahman dan Adib Azim.
Meminta drama realiti, bukanlah semudah yang disangkakan. Lebih-lebih lagi meminta dari stesen TV yang free. Sudah tentunya mereka yang menentukan sendiri apa yang mereka ingin siarkan kepada penonton.
Baca penjelasan dari seorang produser ini agar anda sebagai penonton faham mengapa drama-drama realiti ini tidak dapat ditayangkan di kaca TV.
Satu benda yang perlu saya jelaskan di sini ialah, segala kandungan cerita yang korang lihat di kaca TV sekarang ini yang ditentukan oleh stesen TV semata-mata.
Kami sebagai produser, pengarah atau scriptwriter tidak ada kuasa sama sekali dalam menentukan jalan cerita kami sendiri. Segala kandungan atau plot atau watak, pihak kami perlu persembahkan pada stesen TV terlebih dahulu sebelum diluluskan. Cuma sesekali kalau ada rezeki, kami akan dibenarkan membuat cerita yang kami suka. Manakala selebihnya kami hanya menurut perintah.
Lagi satu, stesen TV menjual cerita fantasi kerana penonton suka dengan fantasi. So there's no such thing pasal drama realiti. Once a while baru kami boleh buat drama yang bersifat realiti. Coz for them, reality bites and people don't like to be bite by their own reality.
Korang ingat cerita seperti Kabhi Kushi Kabhi Gham itu realiti ke? It's a fantasy and that's why it can sells. Apa yang penting bagi mereka, content yang boleh dijual dan bukan yang terlalu real sangat. Cerita-cerita tentang kesusahan atau realiti masyarakat bawahan bukan satu tarikan yang boleh dijual atas alasan pengiklan kurang gemar dengan cerita-cerita yang less glamour. Pengiklan tidak suka diasosiasikan dengan imej-imej kemiskinan atau realiti.
Suka atau tidak, stesen TV swasta adalah satu entiti perniagaan semata-mata yang akan menyajikan apa saja rancangan yang mereka rasakan penonton suka tengok. Diulangi, yang mereka rasa penonton suka.
Sama seperti Lebai Manap yang kononnya tahu hukum hakamtu jual rokok di kedai tu. Dah sah-sah hukum merokok itu haram dan membawa kemudaratan tetapi mengapa masih dijual lagi pada orang ramai? Sebab disitulah wujudnya permintaan, kan? Begitu juga dengan Makcik Siah yang jual nasi lemak yang berkolestrol tinggi walauapun dia tahu nasi lemak dia sejenis, kalau makan hari-hari boleh buat kita obesiti tetap juga dia jual sebab dia tahu dia tetap ada pelanggan.
Begitu juga dengan stesen TV yang juga buat perkara yang sama. Mereka akan terus menjual cerita yang tidak sihat untuk penonton walaupun mereka tahu cerita itu sebenarnya tidak menyumbangkan apa-apa pun pada pembangunan masyarakat. Yang penting bagi mereka ialah, masyarakat masih menonton walaupun cerita entah apa-apa.
Lebih banyak orang berhenti menonton cerita-cerita yang kandungannya bertaraf sampah, lebih cepat pihak stesen TV akan memahami mesej yang masyarakat cuba sampaikan. Kalau setakat dua tiga kerat saja yang mengadu, tak ada maknanya mereka nak mendengar rintihan hati korang. - Shahrulezad Mohameddin, The Big Bos Radiusone Sdn Bhd.
